*7 TEMPAT KEGEMARAN JIN DI TUBUH MANUSIA YANG PERLU DIBERSIHKAN*
*Lubang mulut manusia.*
Jin akan berusaha masuk ke lubang mulut manusia saat sedang menguap.
Oleh sebab itu saat sedang menguap, kita dianjurkan untuk menutup mulut dan membaca ta'awwuz (A'uzubillahi minasyaitanirrajim). Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Said bahwa Rasulullah bersabda,
_"Apabila seseorang dari kalian menguap, letakkanlah tangannya pada mulutnya (tutuplah), kerana syaitan akan masuk bersama dengan orang yang menguap."_
(HR. Muslim)
*Di bawah kuku manusia.*
Makanya kita dianjurkan untuk rutin memotong kuku, sunnahnya hari Jum'at. Kerana jin dan syaitan mengikat manusia melalui kuku-kuku yang panjang.
Sebagaimana disebutkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda,
_"Potonglah (perpendek) kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang."_
(HR. Ahmad)
*Lubang hidung manusia.*
Saat manusia tidur, ternyata jin juga ikut menginap di batang hidung manusia. Kerana itu saat bangun tidur, kita dianjurkan untuk membasuh lubang hidung sebanyak tiga kali. Rasulullah bersabda,
_"Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur, hendaklah memasukan (istinsaq) dan mengeluarkan air dari hidung (istintsar) tiga kali, karena setan itu menginap di batang hidungnya."_
(H.R. Muslim).
*Lubang telinga manusia.*
Bukan sekedar sembunyi di telinga manusia, namun ternyata ketika seorang manusia tertidur hingga pagi tanpa mengerjakan shalat malam maka berarti telinganya itu telah dikencingi oleh jin. Sebagaimana diceritakan dari Abdullah bahwa Di sisi Nabi bahawa ada seorang laki-laki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan shalat (malam).
Lalu beliau bersabda,
_"Syaitan telah kencing di telinganya"._
(H.R. Muslim)
*Urat darah manusia.*
Sebagaimana telah disebutkan bahwa jin atau syaitan menyusup ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah manusia tersebut.
Kemudian dari aliran darah itulah jin berusaha memperdaya manusia.
Hal ini dijelaskan oleh Shafiyyah binti Huyay bahawa Rasulullah SAW bersabda,
_"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui peredaran darah dalam tubuhnya."_
(H.R. Muslim)
*Lubang pusat manusia.*
Lubang pusat merupakan tempat yang kotor kerana tidak banyak orang yang membersihkannya, sedang jin dan syaitan sangat menyukai tempat-tempat yang kotor.
Bahkan saat seseorang diruqiyah diketahui bahawa kebanyakan jin bersembunyi dan tinggal di bagian lubang pusat manusia.
Meski demikian kita tidak dianjurkan untuk membersihkan lubang pusar hingga mengoreknya, cara membersihkannya cukup dengan menyekanya secara lembut dengan air atau dengan kapas.
*Lubang kemaluan manusia.*
Syaitan dan jin akan menambah rasa nikmat saat seseorang sedang berzina dengan cara merangsang syaraf kemaluan.
Oleh sebab itulah dianjurkan untuk menjaga kebersihan organ kemaluan baik pada lelaki mahupun wanita dan berdo'a, _"Allahumma janibna bisyaitan, wajanibna syaitan wamarazaqtana waqinna 'azabannar"_ hanya dengan pasangan yang halal, bila tidak baca doa syaitan ikut sama yang kelak melahirkan keturunan yang berperilakukan syaitan yang direjam.
Kerana itu kita dianjurkan untuk mengikuti sunnah Rasulullah iaitu dengan mencukur rambut kemaluan, memendekkan misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak. Sebab selain menjadikan tubuh lebih bersih dan sihat, kita juga dapat menghalangi jin untuk bersembunyi pada bahagian tubuh tersebut.
wallahualam
Group Pelajar Ustaz Dato Sharhan Shafie
https://telegram.me/joinchat/CdqHDT6gjD_GXSMYP6Dz3g
0 komentar:
Posting Komentar