cara buat air ruqyah

ASSALAMUALAIKUM

CARA MEMBUAT AIR RUQYAH DAN MINUMLAH SELALU

Step 1

* Sediakan sebotol air atau secawan air Putih
* Bacakan Ta'awuz 
auzubillahiminashaitanir rajim
Bismilahirahmanirahim 
* Allahumma solli a'la Muhammad Wa a'la ali muhammad (3x)
* istighfar (3x)
* La hau la wa laa Qu wa illa billa hil a'li yil azim (1x)
* Hasbunallah wanikmal wakil nikmal mau la wa nikman nasir (1x)

Step 2

- Ambil botol atau cawan yang berisi air dekatkan di bibir dan bacakan Ayat Ruqyah dan doa.
- Buat dengan khusyuk dan Penuh keyakinan Kepada Allah tanpa ada rasa was-was kepada Allah Swt.

- Setiap kali selesai membaca surah dan doa Tiupkan di air, Tiup dengan kuat.

   ~ Ayat Ruqyah ~
1. Al.Fatihah 
2. Doa anda sendiri
3. Ayat Kursi
4. 3 QUL
  ( Al-ikhlas, Al-Falaq dan An- nas)

Boleh ditambah dengan surah lain, asalkan dari Al-Quran.

Yang Nombor 2 doa anda sendiri atau anda boleh ikut contoh Doa yang kami sediakan di bawah.
=============================
 DOA
" Ya Allah jadikanlah air ini asbab sebagai ubat bagi jasadku, Rohaniku, Hatiku dan seluruh organ-organ tubuh yang tidak aku ketahui, Ya Allah jadikanlah air ini sebagai ubat. Ubat di dadaku dan seluruh tubuhku. Ya Allah jadikanlah air ini sebagai bala tenteraMu, Ya Allah jadikanlah setiap setitik air ini menjadi pasukanMu yang akan menyerang musuh-musuhMu, melemahkan,menghancurkan, Dan membunuh membinasakan semua syaitan dan jin atau kodam-kodam yang ada di dalam jasadku yang aku tidak dapat kendalikan baik yang aku undang kerana kelalaianku, tidak kira jin keturunan atau jin sihir yang dikirim seseorang untuk menzalimiku. Ya Allah jadikanlah air ini sebagai ubat bagi keluargaku yang sedang kena sihir, Ya Allah jadikanlah air ini pembatal sihir-sihir yang ada di dalam hati dan ragaku. Ya Allah jadikanlah air ini sebagai pemusnah penyakit-penyakit yang ada di dalam tubuhku.
Ya Allah jadikanlah air ini sebagai pelembut hatiku, penenang jiwaku dan sesiapa pun muslimin dan muslimah yang meminum air ini "
=============================
Selesai semuanya,  anda sekeluarga boleh minum air yang telah dibacakan dengan ayat ruqyah. Amalkan selalu dan minumlah selalu.
Anda sendiri boleh membuat air ruqyah tidak perlu pergi jauh-jauh mencari perawat, ustaz atau ustazah semata-mata hendak membuat air.

Kita Berusaha dan berdoa Hanya Allah Maha Pelindung dan Maha Penyembuh

#founder grub konsultasi ruqyah
#fouder komunitas pemuda muhsinin
#parfum khasturi  Ar'ruqyah
#sabun bidara kelor ruqyah
#madu hutan murin ruqyah dll.

0 komentar:

Posting Komentar